Ultah Pada Saat Langit Cerah!
Hening pagi,
Aku hela nafas,
Segar,
Sunyi tidak lagi bingar,
Aku tak takut dengan gigi cerun,
Jatuh terus mati.
Kata Bunda,
Aku lahirnya siang.
Pada saat,
Cahaya terik betul,
Normal saja aku moody,
Coba saja aku lahir malam,
Pasti dingin,
Bintang teman aku saat turun ke dunia,
Apapun, aku tetap aku,
Masa tidak terkembalikan,
Sesaat diatur,
Ia sudah sempurna,
Jangan cuba lagi untuk menghapus kenyataan!
24 Februari wujud lagi,
Dalam situasi berbeza tahun berganti,
Aku kini 19 tahun sudah,
Ingin sekali aku rangkai menjadi untai manik-manik,
Menjadi sebuah kebaikan,
Dalam tumbuh membesar menjadi manusia,
Biar berguna,
Bukan bersahaja,
Biar aku bisa sampul catatan harian,
Dengan kewujudan seribu cerita,
Tanpa nokhtah kerana,
Hari-hari yang terwujud,
Adalah suatu yang aku nantikan,
Untuk aku ketahui,
Wujud seperti apakah pengakhirannya,
Andai aku selembar daun,
Yang jatuh ke permukaan bumi,
Jangan kau kutip aku dulu,
Jangan kau ambil untuk buang ke dalam guni,
Jangan kau hirau aku,
Aku masih mahu terbaring,
Ada yang masih aku mahu pandang,
Tajam-tajam,
Iaitu alam,
Burung,
Dan pepohon,
Yang memberi nafas segar,
Biarpun manusia jahat bertebar,
Aku tetap mahu berbaring gagah di sini!
Tuhanku baik,
DIA hantar bunda,
Untuk hantar aku ke bumi.
Aku mahu hidup di bumi,
Tidak mahu lagi hidup di langit,
Walaupun alam abadi tetap di sana!
Siapa yang menemukan bayangku dalam bayangmu?
Sila turun ke bumi segera,
Hayalku tidak pernah nelangsa,
Kerna nuansa indah itu milik aku,
Milik kita yang penuh cinta!
Cinta untuk ke syurga.
Nota Kaki: Pejal. Hatinya pejal, tidak mudah ramas kerana kedegilannya. Pintar harus menerajui bodoh. Nota diri: Selamat Ulangtahun AKU. Semoga banyak berubah akan kebaikan! |
Puisi: Bunuh Ego Itu
Langit merah,
Di bawah bumbung abad yang segalanya emas dan darah,
Perak menjadi absurb,
Tiada nilai guna,
Ego tersebar merata-rata,
Sombong terdedah tidak semena,
Si bongkok jadi bongkak,
Afal negatif yang aku benci,
Makin tua makin menjadi,
Seolah makin jahil diserap duniawi.
Nota Kaki: Kau akan keliru jika kau berada dalam dua gerabak yang berbeza. Kenapa tidak pilih satu saja? Biarpun lama dan tua, kau sudah tahu baik buruknya untuk terus dihormati atas jasanya. |
Lena
Lena tak rebah,
Mabuk tak mudah,
Senyum buat gundah,
Aku mengantuk kamar menjengah,
Pabila orang tamah-ramah,
Aku pitam menguak, seperti jatuh, rebah,
Tak kaget dengan berita itu,
Cuma akui cuak menggelegak,
Ronda-ronda, pusing-pusing, jalan yang sama,
Seolah-olah di ambang nazak,
Alah, kita orang kuat,
Lalui saja tanpa guruh berdentum di langit,
Esok tiba, lihat-lihat burung di luar mengumpat,
Sentap tak juga, cuma brisik itu biasa,
Lena lagi, mimpi lagi, sadar lagi,
Tanpa permisi aku bilang TIDAK.
Tegak Puja
Tegak puja,
Walau selusur nyata,
Kau semadi nyawa,
Setegar darah,
Senandung jiwa
Hujan angin batu kau jua,
Angin labuh barat, timur, selatan, utara,
Tunggu punya tunggu,
Orang tetap mahu tahu,
Kerna kau serindit permata,
Walau angin lawan bicara,
Tiupan pohon tetap sama,
Tegak puja,
Walau serambi tukar arah,
Walau celaru jiwa dan darah,
Sateria pekat merah,
Rembunan hujan permata lelah,
Aku....
Naif daya ingat,
Suram, lupa lagi dan ingat lagi.
Sadar langit cerah untuk kita,
Tanpa sakit bulan purnama,
Tanpa cela bintang seroja!
Nota Kaki: Aku baru faham mengapa puja itu salah. Nota diri: Salah puja, sengsara merana, sumpahan punya angkara. Kencang, kencang dan kencang. Ini bukan salah aku! |
"Ini catatan aku ketika 6 Ramadan 1432 Hijrah lalu."
Daerah Terpencil.
Tembokku keras juga,
Aku betah dengan lemas,
Tenggelam dalam desus-desas.
Bicara manusia keras-keras,
Banyak ramas dan ulas.
Bingit telinga,
Menanah untuk benda tak guna.
Puisi: Bunda
Bunda,
Nota Diri: Bunda, aku anakmu yang masih hidup dalam jaga atas nadi doamu! |
Muzik latar: Rafly Aceh- Ibu
"Kalian pasti tersentuh akan muzik latar dan coretan kali ini. Tolong hayati liriknya, nadanya, iramanya sambil mata terpejam juga kerana apalah muzik tanpa jiwa besar yang turut sama memahami!"