Puisi: Bunda

Bunda,


Nota Diri: Bunda, aku anakmu yang masih hidup dalam jaga atas nadi doamu!

Aku masyhurkan kepada seluruh cakerawala,
Aku paling bertuah di antara semua,
Burung di pohon menyapa,
Angin layang bayu segar,
Bunga-bunga kembang mekar,
Tanda dan petanda kasih terlakar
Antara bunda dan si anak gadis di dalam sangkar.


Bunda,
Aku paling beruntung,
Aku sadar itu.
Walau dalam berairmata,
Walau dalam jerih payah,
Walau dalam suka dan tenteram,
Walau miskin dan kaya,
Walau punya harta bergelimpangan,
Namun cintaku padamu,
Tidak akan ada yang pernah mampu untuk membeli,
Kerana kau adalah SEGALA dari segalanya
Yang berharga milikku!


Bunda,
Auramu yang aku bangga,
Menjadi penyunting semangat berharga,
Di saat aku tersungkur lelah,
Di saat kita susah merayu menunduk menerima,
Kau ada di sisi meminjam bahu,
Untuk aku bersandar seketika,
Memikirkan masa lalu dan masa depan,
Yang terang lagi nyata,
Kau suluh aku dengan cahaya ajaran berguna,
Dihina, ditawa, dicaci, dimaki, dikata,
Kita penerima darjat teragung,
Dipuji, dibangga, disukai, ditemani,
Kita penerima ujian terulung,
Buat semua anak gadismu, terunamu yang makin dewasa,
Kerana kuat itu milik kita,
Darah Aceh Kelantan bergetar,
Dalam setiap sendi tua,
Dalam bayang dalam nyata,
Kita perwira srikandi bangsa.


Bunda,
Aku melintasi hidup belum sampai 2 dekad,
Namun salahku, dosaku padamu melebihi dekad usiaku,
Aku memang anaknya keras kepala,
Jarang amat aku menurut kata,
Apatah lagi berbudi bahasa, 
Kerana bicaraku keras-keras tanpa sengaja,
Tiada terlambang aku anak derhaka,
Nafsu manusia,
Kadangkala tersimbah asid dosa,
Andai aku lena,
Cepat-cepat sadarkan aku Bunda,
Kerana Aku bukan Maha Pencipta yang sentiasa jaga.


Bunda,
Aku tetes air mata dari syurga,
Agar bisa menjadi penawar buatmu,
Untuk mengampunkan segala dosaku padamu,
Agar timbangan neracaku kelak,
Berat akan kebaikan,
Andai kata angin di luar sana bertiup kencang,
Itulah petanda,
Aku minta kau hadiahkanku,
Kalungan doa,
Dalam heningnya diammu bertahajjud malam,
Untuk kebahagianku, kejayaanku, kebaikanku,
Dunia dan akhirat,
Kerana selama 7 keturunan pun,
Aku masih mahu menjadi ANAKMU!


Muzik latar: Rafly Aceh- Ibu


"Kalian pasti tersentuh akan muzik latar dan coretan kali ini. Tolong hayati liriknya, nadanya, iramanya sambil mata terpejam  juga kerana apalah muzik tanpa jiwa besar yang turut sama memahami!"




~ 1 komentar: ~

APi says:
at: May 5, 2012 at 6:39 AM said...

waaa, nangis..

~ Post a Comment ~