Ultah Pada Saat Langit Cerah!

Hening pagi,
Aku hela nafas,
Segar, 
Sunyi tidak lagi bingar,
Aku tak takut dengan gigi cerun,
Jatuh terus mati.


Kata Bunda,
Aku lahirnya siang.
Pada saat,
Cahaya terik betul,
Normal saja aku moody,
Coba saja aku lahir malam,
Pasti dingin,
Bintang teman aku saat turun ke dunia,
Apapun, aku tetap aku,
Masa tidak terkembalikan,
Sesaat diatur,
Ia sudah sempurna,
Jangan cuba lagi untuk menghapus kenyataan!


24 Februari wujud lagi,
Dalam situasi berbeza tahun berganti,
Aku kini 19 tahun sudah,
Ingin sekali aku rangkai menjadi untai manik-manik,
Menjadi sebuah kebaikan,
Dalam tumbuh membesar menjadi manusia,
Biar berguna,
Bukan bersahaja,


Biar aku bisa sampul catatan harian,
Dengan kewujudan seribu cerita,
Tanpa nokhtah kerana,
Hari-hari yang terwujud,
Adalah suatu yang aku nantikan,
Untuk aku ketahui,
Wujud seperti apakah pengakhirannya,


Andai aku selembar daun,
Yang jatuh ke permukaan bumi,
Jangan kau kutip aku dulu,
Jangan kau ambil untuk buang ke dalam guni,
Jangan kau hirau aku,
Aku masih mahu terbaring,
Ada yang masih aku mahu pandang,
Tajam-tajam,
Iaitu alam,
Burung,
Dan pepohon,
Yang memberi nafas segar,
Biarpun manusia jahat bertebar,
Aku tetap mahu berbaring gagah di sini!


Tuhanku baik,
DIA hantar bunda,
Untuk hantar aku ke bumi.
Aku mahu hidup di bumi,
Tidak mahu lagi hidup di langit,
Walaupun alam abadi tetap di sana!


Siapa yang menemukan bayangku dalam bayangmu?
Sila turun ke bumi segera,
Hayalku tidak pernah nelangsa,
Kerna nuansa indah itu milik aku,
Milik kita yang penuh cinta!
Cinta untuk ke syurga.



Nota Kaki: Pejal. Hatinya pejal, tidak mudah ramas kerana kedegilannya. Pintar harus menerajui bodoh.
Nota diri: Selamat Ulangtahun AKU. Semoga banyak berubah akan kebaikan!

~ 0 komentar: ~

~ Post a Comment ~